As Salam,
Hello and Hi kepada semua yang membaca zine ini...
Pejam celik, pejam celik dah bulan oktober. Ini
bermakna tinggal satu issue jer lagi iaitu # 18 edisi December 2014 untuk
mengakhiri perjalanan membuat psychotic art zine selama setahun dalam tahun
2014 ni.
Well, seperti biasa memang banyak halangan dalam buat zine ni, datang
dari pelbagai cabang, baik dari segi ekonomi, kekangan masa dan juga status
semangat moral yang kadang kala ada turun naiknya. Terkesan jugak lah dalam
mengharungi semua itu, ada masa naik, ada masa turun, ada masa ceria dan ada
masa murung dan macam-macam lagilah..
Setelah mengamati semua issue PAZ dari awal tahun (
bermula dari edisi February ) apa yang dapat saya simpulkan bahawa, ianya penuh
dengan perubahan dari segi penyampaian, kosistensi, kolaborasi dalam
menghasilkan product lain, dan yang paling penting adalah mewujudkan
persahabatan.
Yup.. PAZ sebuah organisasi kecil yang hanya
dikendalikan oleh saya seorang diri, menjadikan stor bengkel sebagai tempat
mengedit zine, bermodal kecil dan melakukan segalanya secara D.I.Y potong dan
tampal. Apa yang mampu saya lakukan adalah mempromosi karya anda melalui zine.
Yeah, mungkin anda pengeluar t-shirt atau mempunyai clothing label pun boleh
mempromosikan design anda..hantarkan kepada kami..
Saya mengharapkan PAZ mampu menjadi sebuah portfolio
kecil atau platform untuk pengkarya meningkat naik ke tahap yang lebih tinggi,
nak tau lebih lanjut sila contact Mohd Farez Abdul Karem, kerana karya beliau
Nuzentara telah memasuki dan dipaparkan di Galeri Petronas KLCC. Cool!
Yup.. saya akui zine adalah sebuah medium yang kecil, yer
lah apa sangat lah zine tu... tapi dari medium yang sekecil ini lah saya
melihat kejayaan dari segi penyatuan. Keterlibatan semua bangsa, agama, baik dari
dalam negara mahu pun luar negara dalam menzahirkan karya untuk dikongsi
bersama. Sama –sama menolak perbezaan, tanpa perlu menghitung tinggi rendahnya
taraf hidup, dan lain-lain perkara yang berkaitan, yang disatukan dengan sebuah
ikatan keharmonian. Diharapkan perkara baik sebegini akan terus berlangsung.
proses penghasilan PAZ edisi December 2014 sedang
berlangsung ketika anda membaca pageini, adalah diharapkan anda boleh submit
artworks dan turut serta dalam menjayakannya.. start do something instead of
sitting on your lazy fat ass..
Send your artworks to: sickscreen_p@yahoo.com
Check out our blog for
more info:
http://psychoticartzine@blogspot.com
Psychotic Art Zine dicompiled, diedit dan dicetak dengan
penuh rasa hormat dan kasih sayang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Zine belum mati, Terbit satu hari ini.
Send your stuff now!!