Wednesday 22 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 dan PAZ #21

Selamat Hari Raya Aidilfitri salam penuh kemaafan kepada semua.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengajak anda semua menyertai saya dalam meneruskan issue seterusnya Psychotic Art Zine.. iaitu issue ke 21.

Sila hantar karya anda dalam bentuk cerpen atau puisi ke email : sickscreen_p@yahoo.com.
Format file Words. Hantar jer banyak2 takder hal punya.

Saya juga ada merancang beberapa aktiviti yang berkaitan dengan zine untuk masa yang akan datang, diharap kawan-kawan semua bolehlah berkongsi idea, pendapat dan lain-lain perkara agar kita sama-sama dapat menaikkan zine.. kalo ada sebarang pertanyaan..jangan malu-malu bertanya yer..
twitter: https://twitter.com/amir_fadli
#psychoticartzine

#psychoticartzine #zine 

Sunday 28 June 2015

Festival Belia Putra Jaya 2015
Pekan Frinjan - Booth Zine Satu Malam.
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu sepanjang event 2 hari tersebut.









Out Now!!! Dah Released!!!
#psychoticartzine 
82 pages, RM 7 only ( by hand ) 
For more contact us at : sickscreen_p@yahoo.com 

Sunday 21 June 2015

Out Soon!! Psychotic Art Zine # 20.

follow at twitter:  https://twitter.com/amir_fadli
email us at: sickscreen_p@yahoo.com

Monday 18 May 2015

Karnival Belia Negeri Sembilan 2015.

Psychotic Art Zine at Karnival Belia Negeri Sembilan 2015.
on 9 - 10 May 2015. Batu 1 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
#psychoticartzine






Sunday 26 April 2015

WAGHIHSAN

WAGHIHSAN
Sebuah program kerjasama Buku Jalanan Waghih dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
Pada 25 April 2015, Bertempat di Perpustakaan Awan Seremban, Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada penganjur dan para hadirin yang memeriahkan suasana.



psychotic art zine #18 + #19 launch on 25th April 2015



Wednesday 5 November 2014

Call For Submission #18 December 2014



As Salam, Hello and Hi kepada semua yang membaca zine ini...
Pejam celik, pejam celik dah bulan oktober. Ini bermakna tinggal satu issue jer lagi iaitu # 18 edisi December 2014 untuk mengakhiri perjalanan membuat psychotic art zine selama setahun dalam tahun 2014 ni. 
Well, seperti biasa memang banyak halangan dalam buat zine ni, datang dari pelbagai cabang, baik dari segi ekonomi, kekangan masa dan juga status semangat moral yang kadang kala ada turun naiknya. Terkesan jugak lah dalam mengharungi semua itu, ada masa naik, ada masa turun, ada masa ceria dan ada masa murung dan macam-macam lagilah..


Setelah mengamati semua issue PAZ dari awal tahun ( bermula dari edisi February ) apa yang dapat saya simpulkan bahawa, ianya penuh dengan perubahan dari segi penyampaian, kosistensi, kolaborasi dalam menghasilkan product lain, dan yang paling penting adalah mewujudkan persahabatan.

Yup.. PAZ sebuah organisasi kecil yang hanya dikendalikan oleh saya seorang diri, menjadikan stor bengkel sebagai tempat mengedit zine, bermodal kecil dan melakukan segalanya secara D.I.Y potong dan tampal. Apa yang mampu saya lakukan adalah mempromosi karya anda melalui zine. Yeah, mungkin anda pengeluar t-shirt atau mempunyai clothing label pun boleh mempromosikan design anda..hantarkan kepada kami..


Saya mengharapkan PAZ mampu menjadi sebuah portfolio kecil atau platform untuk pengkarya meningkat naik ke tahap yang lebih tinggi, nak tau lebih lanjut sila contact Mohd Farez Abdul Karem, kerana karya beliau Nuzentara telah memasuki dan dipaparkan di Galeri Petronas KLCC. Cool!  


Yup.. saya akui zine adalah sebuah medium yang kecil, yer lah apa sangat lah zine tu... tapi dari medium yang sekecil ini lah saya melihat kejayaan dari segi penyatuan. Keterlibatan semua bangsa, agama, baik dari dalam negara mahu pun luar negara dalam menzahirkan karya untuk dikongsi bersama. Sama –sama menolak perbezaan, tanpa perlu menghitung tinggi rendahnya taraf hidup, dan lain-lain perkara yang berkaitan, yang disatukan dengan sebuah ikatan keharmonian. Diharapkan perkara baik sebegini akan terus berlangsung. 


proses penghasilan PAZ edisi December 2014 sedang berlangsung ketika anda membaca pageini, adalah diharapkan anda boleh submit artworks dan turut serta dalam menjayakannya.. start do something instead of sitting on your lazy fat ass..     

Send your artworks to: sickscreen_p@yahoo.com
Check out our blog for more info:
http://psychoticartzine@blogspot.com

Psychotic Art Zine dicompiled, diedit dan dicetak dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Zine belum mati, Terbit satu hari ini.

 Send your stuff now!!